Mesej whatsapp lambat masuk ke

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda boleh menggunakan ciri balas apabila menjawab mesej tertentu dalam sembang individu atau grup.

Membalas mesej

Android

Ketik dan tahan mesej, kemudian ketik Balas. Taipkan balasan anda dan ketik Hantar. Sebagai alternatif, leret ke kanan pada mesej untuk membalas.

Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, ketik dan tahan mesej tersebut, kemudian ketik Lagi opsyen > Balas secara peribadi.

iPhone

Ketik dan tahan mesej, kemudian ketik Balas. Taipkan balasan anda dan ketik Hantar

  • Sebagai alternatif, leret ke kanan pada mesej untuk membalas.

Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, ketik dan tahan mesej tersebut, kemudian ketik Lagi > Balas Secara Peribadi.

WhatsApp Web dan Desktop

Hover atas mesej, kemudian klik Menu > Balas. Taipkan balasan anda dan klik Hantar (atau).

Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, hover atas mesej tersebut, kemudian klik Menu > Balas secara peribadi.

Nota: Jika anda mahu membatalkan balasan sebelum menghantar, ketik atau klik ikon "x"di sebelah mesej tersebut.